Vision & Mission
Upcoming Events
MEFA Monthly Calendar
Training Programs
 
Industrial Relations
HR Management
& Development
Occupational Safety
& Health
Business Management
ICT
Certification &
Academic Courses
SWINBURNE
Certified Programs
UNIMAS
Certified Programs
In-house Courses
PSMB Scheme
Academy Staff
Contact Us
 
Training Directory 2024
 
MEF ACADEMY
3A06-3A07, Block A,
Phileo Damansara II,
No. 15 Jalan 16/11, Seksyen 16,
46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Tel: 603-7498 7200

 
 
Upcoming Trainings & Events
 
[Johor] MEMAHAMI AKTA KERJA 1955 AKTA KERJA (PINDAAN) 2022JOHOR BAHRU, JOHOR (TBA) 14 Jun 2023 (9.00 AM – 5.00 PM)
Download Registration Form
 
Course Fee
RM 850 (inclusive SST) per participant
 
OBJEKTIF
Akta Kerja 1955 adalah merupakan perundangan utama yang mengawal selia hubungan majikan dan perkerja di sektor swasta. Akta ini memperuntukkan terma-terma minima kepada pekerja serta tanggungjawab majikan. Kursus ini akan membincangkan berkenaan pemakaian dan implementasi Akta Kerja 1955 termasuk pindaan yang telah mula berkuat kuasa pada1 Januari 2023. Di akhir kursus ini peserta akan berkebolehan untuk memahami dan melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta sejajar dengan pindaan terkini.
 
SIAPA HARUS HADIR
Semua pekerja swasta tanpa mengira jawatan termasuk yang bekerja di bahagian pengurusan, sumber manusia dan perhubungan perusahaan.
 
TOPIK
• Definisi terma-terma
• Jadual Pertama-Skop Akta
• Anggapan Pekerja dan Majikan
• Kontrak Perkhidmatan vs. Kontrak untuk Perkhidmatan
• Perantisan
• Waktu Kerja Normal
• Pengiraan ORP
• Pembayaran Gaji
• Cuti Sakit dan Hospitalisasi
• Penggajian Wanita, Perlindungan Bersalin dan Cuti Paterniti
• Aturan Kerja Fleksibal (FWA)
• Diskiriminasi Dalam Pekerjaan
• Larangan Buruh Paksa
• Ganguan Seksual
 
*Untuk maklumat lanjut, sila rujuk poster.
 
Trainer
NOOR AISHAH BINTI KM ABU BAKAR
(Perunding– Perhubungan Perusahaan, MEF)
 
Pn. Aishah memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) daripada Universiti Teknologi MARA dan Sarjana Undang-Undang (LLM) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara Malaysia pada tahun2008 dan telah berkhidmat di pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan badan berkanun sebagai Penasihat Undang-Undang. Pn. Aishah mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan kes-kes di Mahkamah yang berkait dengan jenayah am, seksual, kesalahan rasuah, dadah, pecah amanah dan lain-lain. Pn. Aishah kemudiannya telah berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang di beberapa syarikat dan bertanggungjawab memberikan nasihat kepada syarikat berkenaaan isu undang-undang, menyediakan dokumentasi untuk semua urusan operasi syarikat. Beliau turut membantu dalam isu-isu kontrak dan pertikaian membabitkan syarikat. Beliau turut menguruskan semua litigasi syarikat termasuk isu perhubungan perusahaan dan membantu dalam proses siasatan dalaman. Di MEF, Pn. Aishah bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat kepada ahli MEF berkaitan dengandengan isu-isu perburuhan dan perhubungan perusahaan dan turut mewakili ahli MEF di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan.
 
This course will also be conducted at the following dates/venues
 
There are currently no events scheduled for other dates or venues.