 | Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022, Kota Tinggi JohorTuesday, 8 March 2022 | | | | | |

Salam Sejahtera/Salam S4P Ybhg. Tuan / Puan Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru. 3. Sehubungan itu PERKESO melalui Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Pejabat Sistem Insuran Pekerjaan ingin membuat hebahan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 bagi membuka peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada pencari kerja untuk hadir memohon jawatan yang ditawarkan. Maklumat lanjut adalah seperti berikut: Tarikh : 10 Mac 2022 (Khamis)Masa : 9.00 pagi - 5.00 petangTempat : Dewan Serbaguna Kg. Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi 4. Justeru itu, senarai kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan terlibat boleh didapati dalam pautan yang telah diberikan. Tuan / Puan diminta untuk menguar-uarkan program ini bagi membuka peluang pekerjaan kepada Orang Berinsurans dan pencari kerja (hebahan umum). Maklumat lanjut adalah seperti lampiran. Berikut adalah pautan yang perlu diisi oleh peserta bagi pendaftaraan.
Pautan Pendaftaran Peserta : https://bit.ly/KARNIVALKOTATINGGI 5. Untuk pertanyaan/ maklumat lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut; Puan Vallimayil - 019-608 5925Puan Iffah - 019-610 2437En Theevin -019-610 4247 Sekian, terima kasih. | | | | | Tags/Keywords | | |
|
|